Tuesday, 17 July 2007

Bangsa Malaysia Condolence From Abang Pua

An e-mail exchange between two Malaysians of Chinese descent:

Abang Pua,

Terima kasih atas kata-kata yang amat menyenangkan hati. Permergian isteri saya secara tiba-tiba memang tidak disangka dan adalah satu kehilangan yang susah digantikan. Jeannie adalah satu manusia yang istimewa bukan untuk keluarga kami sahaja, malah untuk ramai kawan-kawan sekelilingnya.

Walau bagaimanapun, saya dan kedua anak saya mesti meneruskan perjalanan kami tanpa isteri/ibu kesayangan kami. Kami pasti roh isteri saya hidup dalam kenangan kami dan ajaran-ajarannya kepada kedua anak tetap dikenang.

Terima kasih.

Cheah

**************************************************************************************
From: pua hockchai [mailto:hcpua8@gmail.com] SentTo: cheah.keat.swee@gmail.comSubject: ucapan takziah

En.Cheah,
terlebih dahulu saya dengan hati yang sedih dan pilu mengucapkan takziah keatas pemergian puan.cheah baru baru ini,saya anggap ini adalah satu kehilangan yang amat besar kepada keluarga cheah khasnya dan sahabat karib amnya.Walaubagaimana pun kenyataan ini memang tidak dapat dielakkan,maka dengan ini saya berharap En.Cheah mentabahkan hati untuk menghadapi cabaran ini supaya memperjuangkan masa hadapan bersama sama kedua dua anak yang di sayangi.

Terima kasih.

No comments: