********************************************************
Design problems, hazardous construction plague Lynas plant, reports NYT
June 30, 2011
KUALA LUMPUR, June 30 — The controversial Lynas rare earths refinery in Kuantan is plagued by environmentally hazardous construction and design problems, the New York Times has reported, citing internal memos and current and former engineers on the project.
The report published today said the issues, including moisture in humid Malaysia, could potentially affect the RM700 million Lynas Corp plant being built to challenge China’s stranglehold in the key rare earths industry.
Malaysia is due to announce today the results of an independent international review of the plant that is scheduled to open this September. The listed Lynas Corp has asked for a halt in its share trading in Australia today pending the report.
In a report headlined “The Fear of a Toxic Rerun” by Keith Bradsher, the New York Times reported that Lynas officials contend that the refinery being built here is safe and up to industry standards, and say that they are working with its contractors to resolve their concerns.
“All parties are in agreement that it is normal course of business in any construction project for technical construction queries to be raised and then resolved to relevant international standards during the course of project construction,” wrote Matthew James, an executive vice-president of Lynas, in an e-mail last night.
But the construction and design may have serious flaws, the engineers told New York Times, and provided proof through memos, e-mail messages and photos from Lynas and its contractors. The engineers said they felt a professional duty to voice their safety concerns, but insisted on anonymity to avoid the risk of becoming industry outcasts.
“The problems they detail include structural cracks, air pockets and leaks in many of the concrete shells for 70 containment tanks, some of which are larger than double-decker buses,” the paper said.
Lynas is mining rare earths ore deep in the Australian desert and shipping to Malaysia to be mixed with powerful acids to make a slightly radioactive slurry that would be pumped through the tanks, with operating temperatures of about 200 degrees Fahrenheit.
The engineers say that almost all of the steel piping ordered for the plant is made from standard steel, which they describe as not suited for the corrosive, abrasive slurry. Rare earths refineries in other countries make heavy use of costlier stainless steel or steel piping with ceramic or rubber liners, the paper said.
“The engineers also say that the concrete tanks were built using conventional concrete, not the much costlier polymer concrete mixed with plastic that is widely used in refineries in the West to reduce the chance of cracks.
“Documents show that Lynas and its construction management contractor, UGL Ltd of Australia, have argued with their contractors that the cracks and moisture in the concrete containment walls are not a critical problem,” according to the report.
Memos also show that Lynas and UGL have pressed a Malaysian contractor, Cradotex, to proceed with the installation of watertight fibreglass liners designed for the containment tanks without fixing the moisture problem and with limited fixes to the walls. But Cradotex has resisted, the paper reported.
“These issues have the potential to cause the plants critical failure in operation,” Peter Wan, the general manager of Cradotex, said in a June 20 memo obtained by New York Times.
“More critically the toxic, corrosive and radioactive nature of the materials being leached in these tanks, should they leak, will most definitely create a contamination issue.”
Wan said in a telephone interview with the New York Times on Tuesday that he believed Lynas and UGL would be able to fix the moisture problem but that he did not know what method the companies might choose to accomplish this.
The fibreglass liners are made by AkzoNobel of Amsterdam, one of the world’s largest chemical companies. AkzoNobel says it, too, worries about the rising moisture.
“We will not certify or even consider the use of our coatings if this problem can’t be fixed,” Tim van der Zanden, AkzoNobel’s top spokesman in Amsterdam, wrote on Monday night in an e-mail reply to questions.
Memos show that the refinery’s concrete foundations were built without a thin layer of plastic that might prevent the concrete pilings from drawing moisture from the reclaimed swampland underneath. The site is located just inland from a coastal mangrove forest, and several miles up a river that flows out to the sea past an impoverished fishing village.
An engineer involved in the project said that the blueprints called for the plastic waterproofing but that he was ordered to omit it, to save money. The plastic costs US$1.60 (RM4.80) a square foot, he said.
Lynas disputes that the design ever called for using the plastic.
Nicholas Curtis, the executive chairman of Lynas, said in a telephone interview from Sydney on Monday that the project here met local environmental standards and that he believed those were consistent with international standards.
“I have complete confidence in the Malaysian environmental standards and our ability to meet the requirements,” he told the New York Times.
Engineers at the project said that Lynas officials had whisked the international inspectors through the factory in a single morning, partly because of security concerns about protesters outside the refinery gates. The team had little chance to examine the refinery’s structure, the engineers said.
********************************************************
Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas @NajibRazak ?
Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.
Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.
Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.
Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.
Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.
TETAPI
Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:
- Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
- Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
- Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
- Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
- Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
- Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):
- Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
- Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
- Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
- Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.
- Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
- Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
- Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
Tugas aku melalui blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan macam biasa. Tweetkan kepada Najib Razak. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu.
Sumber:
Apa itu Lynas?
National Geographic: Rare Earth Elements